Wednesday, 27 March 2013

Interaksi antara organisma hidup

Organisma hidup dalam komuniti berinteraksi untuk memenuhi keperluan hidup dari segi pemakanan, perlindungan, sokongan dan pertukaran gas.

Interaksi antara benda-benda hidup ialah:

 -Mangsa=pemangsa
   >Pemangsa ialah haiwan yang membunuh dan memakan haiwan lain manakala mangsa ialah haiwan yang dimakan oleh pemangsa.

 -simbiosis
   >interaksi antara dua spesies berbeza yang hidup bersama dikenal sebagai simbiosis
   >tiga kategori simbiosis
     1.Komensalisme ialah interaksi antara dua organisma berlainan di mana satu organisma mendapat keuntungan, manakala satu lagi tidak mendapat keuntungan atau kerugian.
     2.Mutualisme ialah interaksi antara dua jenis organisma berlainan yang hidup bersama untuk faedah bersama.
     3.Parasitisme ialah interaksi antara dua organisma berlainan yang hanya satu organisma sahaja mendapat faedah, organisma yang satu lagi mengalami kerugian.

 -persaingan berlaku apabila organisma berusaha untuk mendapatkan keperluan hidup yang sama
   >tumbuhan bersaing untuk mendapatkan air, garam mineral, cahaya dan ruang untuk pertumbuhan. haiwan bersaing untuk mendapatkan makanan, air, tempat tinggal, dan pasangan untuk pembiakan
   >persaingan menjadi semakin hebat apabila sumber keperluan hidup menjadi terhad
   >organisma yang lebih kuat dan lebih mudah menyesuaikan diri akan berjaya menguasai habitatnya

Apabila populasi tumbuh dengan pesat, organisma yang sama spesies akan bersaing untuk memenuhi keperluan asas. sesetengah akan mati dan mengurangkan saiz populasi.
Kawalan biologi merupakan satu cara mengawal populasi perosakpertanian dengan menggunakan organisma lain yang merupakan pemangsa atau musuh semula jadinya.

Saling bersandaran antara hidupan dengan alam sekitar

Spesies adalah haiwan dari jenis yang sama yang boleh membiak sesama sendiri.
Habitat ialah tempat sesuatu organisma tinggal, membiak, memperoleh makanan, dan mendapatkan perlindungan. keluasan habitat berubah-ubah bergantung pada jenis organisma yang tinggal di dalamnya.
Populasi ialah sekumpulan benda-benda hidup sejenis yang tinggal dalam satu habitat tertentu.
Komuniti ialah beberapa jenis populasi yang hidup bersama, saling bergantung dan berinteraksi antara satu sama lain dalam suatu habitat tertentu.
Ekosistem ialah beberapa komuniti yang saling berinteraksi antara satu dengan lain dan juga dengan alam sekitar di dalam sesuatu habitat.
Saling bersandaran dalam ekosistem :-
 -Tumbuhan hijau merupakan pengeluar manakala haiwan merupakan pengguna dalam siratan makanan
 -Haiwan bergantung pada tumbuhan untuk mendapatkan bekalan oksigen
 -Tumbuhan hijau memerlukan cahaya matahari dan karbon dioksida untuk melakukan fotosintesis